
KONSEP KERJAYA
Sesungguhnya kerjaya merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Melalui pekerjaan manusia mendapat rezeki untuk menyara hidupnya, memberi nafkah kepada orang yang berada di bawah tanggungannya serta berbakti kepada masyarakat. Justeru, kepentingan kerja sukar untuk dinafikan.

Kamus Dewan Bahasa (1996)
-
Satu perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan yang dijadikan bidang profesion atau pekerjaan pilihan sebagai satu cara untuk mencari nafkah.
Ivey & Morril
(1968)
-
Proses kerjaya merupakan satu proses yang berterusan dengan seseorang itu melibatkan diri dalam siri tugas perkembangan yang perlu bagi perkembangan peribadi dalam dunia pekerjaan
Sharf (1977)
-
Kerjaya merujuk kepada bagaimana individu melihat diri mereka sendiri dan hubungannya dengan apa yang mereka lakukan
​
-
Ianya juga merujuk kepada apa yang dicita-citakan oleh individu sepanjang kehidupannya
National Career Development Association
-
Kerjaya adalah kerja dan tingkah laku yang dilakukan oleh individu sepanjang kehidupannya.
Zunker (2006)
-
Kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu.
Omar Awang
(2008)
-
Kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu diwujudkan di dalam kehidupan seseorang.
Tolbert (1994)
-
Kerjaya sebagai satu rangkaian melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.
Rohany & Fatimah
(1987)
-
Satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh seseorang dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas
Super
(1957, 1971, 1972)
-
Satu siri keadaan yang berlaku secara berturutan dalam kehidupan seseorang yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya, peranan yang dimainkan serta status seseorang itu sepanjang kehidupannya
​
-
Satu proses menolong seseorang memperkembangkan dan menerima satu gambaran lengkap tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan, dan seterusnya cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti
