Kaunseling Kerjaya
SEJARAH PERKEMBANGAN KERJAYA


1800 an - Revolusi Perindustrian
-
Revolusi industri menyebabkan perubahan pesat persekitaran pekerjaan dan kehidupan.
-
Individu kehilangan identiti
-
​Lahirnya pergerakan untuk memperbetulkan keadaan dan kehidupan memperbaiki kualiti kehidupan
-
​Beberapa orang ahli sains mengalihkan kajian tingkah laku manusia dengan tumpuan utama terhadap perbezaan individu
-
Jesse B. Davis memperkenalkan perkhidmatan kaunseling pendidikan dan vokasional bagi membolehkan individu memilih pekerjaan berdasarkan kelayakan dan kemahiran
-
3 langkah : pemahaman diri, pengetahuan dunia pekerjaan, memadankan
Kajian Tentang Perbezaan Manusia
-
Reaksi daripada kepadatan dan keadaan kehidupan hasil daripada revolusi yang berlaku
-
Dimulakan oleh Francis Galton (England, 1874)
-
(1879) – Wilhelm Wundt (Bapa Eksperimen Psikologi) menubuhkan makmal eksperimen di Leipzig, Jerman untuk mengkaji tingkah laku manusia.
-
(1883) – G. Stanley Hall menubuhkan makmal psikilogi untuk mengukur ciri-ciri fizikal dan mental kanak-kanak.
-
(1890) – James Cattell menerbitkan artikel berkaitan ujian mental mengukur perbezaan individu
-
(1896) - Alfred Binet dan V. Henri menerbitkan artikel berkaitan penilaian mental manusia.
-
John Dewey membuat reformasi dalam pendidikan dan berpendapat kerjaya perlu berdasarkan kepada motivasi, minat dan perkembangan. Contoh buku terbitan beliau :
- The Child and the Curriculum (1902)
- Democracy and Education (1916)
- Experience and Education (1938)


Program Panduan Kerjaya Peringkat Awal
-
George Merrill (awal 1900) menubuhkan Industrial Arts
-
Jesse B. Davis (Bapa kepada sekolah kaunseling); bimbingan pendidikan dan vokasional gred 11 (1898-1907). Kemudian sebagai pengetua, memerlukan pelajar untuk berfikir secara aktif tentang keputusan kerjaya.
-
Frank Parsons (Bapa Bimbingan Kerjaya) :
- Menerbitkan buku Choosing a Vacation (1909) kerana minat yang mendalam terhadap pembaharuan Masyarakat
- Memulakan vocation Bereau di Boston.
- Menekankan konsep pemahaman yang jelas tentang kefahaman diri, keperluan pengetahuan tentang syarat untuk berjaya, sumber dan prospek dalam kerjaya.
- Beliau menyarankan prosedur tiga langkah membuat keputusan kerjaya untuk membantu individu memilih pekerjaan berdasarkan minat, bakat dan maklumat pekerjaan.
- Gunakan 'penaakulan benar' untuk menilai secara realistik kemungkinan perlawanan yang berjaya.
Konferens Kebangsaan berkaitan Bimbingan Vokasional
KONFERENS I (1910)
-
Diadakan di Boston
-
Ramai penceramah termasuk Charles W. Elliot (Presiden Kolej Harvard) menekankan kepada keperluan bimbingan dan kerjaya di sekolah berkaitan kemahiran dan bimbingan teknikal.
​
-
Menekankan hubungan antara pendidikan dengan perkembangan ekonomi di sekolah-sekolah di Perancis dalam melihat prospek kerjaya.
KONFERENS II (1912)
-
Diadakan di New York
KONFERENS III (1913)
-
Diadakan di Michigan dan tertubuhnya National Vocational Guidance Association Inccorporate yang sekarang dikenali sebagai National Career Development Association (NCDA).
​
-
Fungsi :
-
Persepsi tentang kaunseling kerjaya
-
Bagaimana mendapatkan kerjaya atau menukar kerjaya di dalam situasi ekonomi semasa
-
Keperluan sesuatu kerjaya dan potensi individu



Industri Psikologi
-
Perkara yang berkaitan dengan perkembangan bimbingan kerjaya ialah hasil kerja Hugo Munsterberg (psikologist Jerman)
-
Beliau menyertai Uni Harvard dan memperkenalkan beberapa kaedah untuk mengenal pasti bakat (aptitude) dan ciri-ciri individu yang sesuai dengan sesuatu kerjaya melalui buku, Psychology and Industrial Efficiency (1913).
Penilaian Perkembangan (1900-1940)
-
Dipelopori oleh William Wundt (psikologist Jerman) – menekankan persepsi dalaman seperti perasaan/emosi yg boleh mempengaruhi seseorang.
​
-
Diikuti oleh Kreplin & Ebbinghaus :
- Membina bahan penilaian dan perintis kepada gerakan penilaian
​
- Ingatan jangka panjang dan jangka pendek
-
James Cattell (psikologist Amerika) – menggunakan ujian kecerdasan mental.
-
Alfred Binet (psikolgist Perancis) - memperkenalkan ujian kecerdasan I dan istilah IQ (1905) dikenali sebagai Binet - Simon / 1905 Scale untuk mengenal pasti pelajar yang memerlukan pendidikan alternatif
-
Clark L. Hull – Perkenalkan Aptitude Testing (1928) yang menekankan keseuaian individu dengan penawaran pekerjaan.


Perang Dunia Pertama
(1914-1918)
-
Keperluan untuk menguji Kumpulan yang besar.
​
-
Robert M. Yerkes – mewujudkan ujian kecerdasan (Ujian Alpha - ujian lisan dan Beta - ujian bukan lisan)
Selepas WWI
-
Beberapa ujian pencapaian dijalankan di sekolah (1920)
-
Ujian personaliti berkaitan kerjaya dan pelbagai ujian lain berkaitan perkembangan manusia dijalankan.
​
-
Smith Hughes (1917) - mencadangkan penubuhan sekolah vokasionl
​
-
George Dean meneruskan bantuan kepada sekolah vokasional
-
Wagner–Peyser Act (1933) – menubuhkan U.S. Employment Service.
-
Jabatan Pekerjaan U.S. (1939) – menerbitkan Dictionary of Occupational Title
-
B’nai B’rith Vocational Service Bereau (1938) – menawarkan program bimbingan vokasional di kawasan metropolitan.
-
Pertumbuhan 1940 – program teori Pembangunan kerjaya, pembangunan pendidikan kerjaya, pergerakan profesional & peningkatan teknologi di peringkat Persekutuan.
-
Buku yg memberi impak besar :
- Williamson (1942) - How to Counsel Students
- Carl Rogers (1942) – Counseling & Psychotheraphy
Zaman Kemurungan
-
Kemelsetan ekonomi dunia (1929-1940) menyebabkan ramai pekerja terpaksa kehilangan pekerjaan
-
Kerajaan menubuhkan Work Progress Administration dan Civillian Conservation Corps bagi membantu orang ramai mencari pekerjaan.



Perang Dunia Kedua (1939-1945)
-
Ujian Klasifikasi Am Tentera Darat dijalankan – penilaian rekrut, potensi maksima tentera dan perkara berkaitan pertukaran tempat kerja
​
-
Bantuan kepada veteran - perancangan pendidikan, vokasional sebagai pusat bimbingan kerjaya
​
-
Mewujudkan American Collegw Testing Program (ACT) (1950) - memfokuskan minat dan pengukuran minda
​
-
Akta Pendidikan Vokasional (1963) :
- Latihan formal untuk pencari kerja
- Pelarasan pekerjaan dalam pasaran pengecasan
- Lebih banyak pembiayaan untuk bimbingan sekolah

1976 - Penyelarasan Maklumat Pekerjaan Negara (NOICC)
-
Membantu pengguna dalam berkongsi maklumat pekerjaan
​
-
Berkaitan dengan pengurusan dan latihan pekerjaan
​
-
Membangunkan sistem maklumat pekerjaan dan latihan di peringkat daerah dan negeri
​
-
Memberi maklumat berguna kepada remaja
​
-
Membantu dalam organisasi dan pengendalian jawatankuasa negeri (SOICC)

