top of page

PERSONALITI

Personaliti adalah ciri-ciri tingkah laku yang ada pada individu, namun setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza. Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada suatu ketika. Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran, dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Personaliti memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang dari sudut pandangan luaran dan memainkan perwatakan diri. Dalam bimbingan dan kaunseling kerjaya, personaliti individu diambil kira dalam proses pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat, kebolehan, dan keperluan diri sendiri.

PERSEKITARAN

Persekitaran merujuk kepada persekitaran fizikal, sosial, dan budaya di mana seseorang individu melaksanakan tugas mereka. Ia termasuk keadaan fizikal seperti kecerahan, suhu, kebisingan, pergerakan dan getaran, pencemaran udara dan estetika yang boleh mempengaruhi diri seseorang. Selain itu, persekitaran juga merujuk kepada keadaan psikologi dan keadaan kerja sementara (penjadualan) yang memberi kesan kepada prestasi, kepuasan, dan kesihatan pekerja. Dalam bimbingan dan kaunseling kerjaya, persekitaran diambil kira dalam proses pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat, kebolehan, dan keperluan diri sendiri.

Terima kasih kerana sudi melayari laman web ini 

bottom of page